Dana Bantuan Di Malaysia Untuk Transformasi Industry 4.0

Dunia pada masa kini sedang menjalani transformasi teknologi Revolusi Industri 4.0, dan cara hidup dan kerja kita akan berubah untuk selama-lamanya. Selain itu, setiap industri akan merasai impaknya secara berbeza-beza mengikut jenis produk, perkhidmatan, proses dan banyak faktor lain.

Pembangunan dan penggunaan teknologi dan proses Industri 4.0 mungkin memerlukan pelaburan besar oleh firma-firma pembuatan. Oleh itu, agensi kerajaan dan entiti swasta akan menawarkan insentif dan pilihan pembiayaan yang bertujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengguna pakai teknologi dan proses pembuatan baru dan melabur dalam R&D, terutamanya untuk membangunkan penyelesaian tempatan untuk keperluan dan keutamaan Malaysia.

Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha-usaha kerjasama dalam membangunkan dan menggerakkan teknologi Industri 4.0. Insentif-insentif ini akan dihubungkan dengan sasaran tertentu untuk menggalakkan kemajuan dan menghasilkan impak yang diingini. Strategi ini boleh digunakan untuk kedua-dua firma pembuatan sebagai pengguna dan penerima, dan kepada penyedia perkhidmatan teknologi dan penyelesaian Industri 4.0. Peruntukan Pembiayaan Kerajaan Dari tahun 2019 hingga 2021, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM 210 juta untuk menyokong peralihan dan penghijrahan syarikat-syarikat ke Industri 4.0. Perbadanan Produktiviti Malaysia telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melaksanakan Penilaian Kesediaan (RA) untuk membantu sehingga 500 buah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berhijrah ke teknologi Industri 4.0.

Insentif kewangan Industry4WRD juga boleh didapati dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan. Bank Pembangunan

Bank Pembangunan (dahulunya dikenali sebagai SME Bank) telah memperuntukkan RM3 bilion untuk membantu pengeluar dalam usaha mereka untuk mengguna pakai teknologi berkaitan Industri 4.0 melalui Tabung Transformasi Pendigitalan Industri (IDTF). Diperkenalkan sejak 1 Januari 2019, IDTF akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Syarikat Jaminan Pembiayaan Syarikat (SJPP) pula mempunyai Skim Jaminan Proses Automasi untuk membantu PKS dengan memberikan jaminan kepada bank-bank yang memberi pinjaman kepada perusahaan ini untuk menjalankan proses automasi, pendigitalan dan pemodenanan terhadap kemudahan dan operasi mereka ke arah mencapai Industri 4.0, dengan syarat kelayakan kredit peminjam adalah dalam keadaan bersih. Ia akan mengenakan

caj sebanyak 1% untuk perkhidmatannya. Walau bagaimanapun, hanya syarikat-syarikat yang dimiliki sekurang-kurangnya 51% oleh orang Malaysia adalah layak untuk memohon skim ini.

Malaysian Industrial Development Finance Bhd

Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) menawarkan Skim Pinjaman Mudah untuk Automasi dan Pemodenan (SLSAM). Ia menawarkan syarikat perkilangan (dari kecil ke besar) yang memerlukan dana hingga 100% pembiayaan untuk transformasi Industry4WRD mereka melalui MITI.

MIDF akan mengenakan caj 4% setahun untuk syarikat jenis PKS dan syarikat besar pula sebanyak 5% setahun, untuk perkhidmatan yang ditawarkan.

Malaysian Investment Development Authority

Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mempunyai pelbagai insentif untuk membantu syarikat-syarikat dalam perjalanan transformasi Industry4WRD mereka. Sebenarnya terdapat geran sepadanan sehingga 40% daripada kos keseluruhan, tetapi syarikat mesti terlebih dahulu melalui proses RA.

P2P and Crowdfunding

Terdapat juga pelbagai pilihan pembiayaan secara ‘peer-to-peer’ (P2P) dan ‘crowdfunding’ yang tersedia. Layari www.alixco.com dan https://equity.pitchin.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh bersedia untuk Industri 4.0, anda boleh membaca buklet MITI dan juga risalah MPC.

0 Comments

Leave a Comment