Industri 4WD: Adakah Proses Syarikat Anda Bersedia Untuk Masa Depan?

Dengan kemunculan Industri 4.0 pada peringkat global, kerajaan Malaysia telah merumuskan Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD) sebagai langkah proaktif untuk mentransformasi industri pembuatan di Malaysia dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan untuk bersedia dan mendapat faedah maksimum daripada Industri 4.0.

Untuk mencapai sasaran yang tersebut, sebuah program penilaian kesediaan pada peringkat kebangsaan (RA) telah ditubuhkan sebagai alat untuk menjalankan penilaian, berkongsi amalan terbaik, menyokong pembangunan firma-firma tempatan dan mengenal pasti objektif Industri 4.0 pada tahap nasional.

Ia adalah sebuah program yang komprehensif untuk membantu syarikat menilai keupayaan dan kesediaan mereka untuk mengguna pakai teknologi dan proses Industri 4.0. Penilaian ini menggunakan satu set petunjuk untuk memahami keupayaan dan jurang yang dihadapi syarikat-syarikat ini pada masa sekarang. Dari hasil RA, pelbagai strategi dan rancangan akan digubal untuk membantu syarikat-syarikat yang terlibat bergerak ke arah mencapai Industri 4.0.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan proses langkah demi langkah daripada mula-mula memohon untuk menyertai RA kepada penilaian dan pengeluaran laporan.

Proses dengan Pembiayaan

1. Permohonan dalam talian boleh dilakukan melalui laman sesawang www.miti.gov.my/industry4wrd atau www.mpc.gov.my/industry4wrd. Sebagai alternatif, para pemohon boleh memuat turun aplikasi M-Productivity dan klik pada Industry4WRD.

2. Pemohon perlu menjalani proses penilaian dan penyerahan pra-kelayakan (Pra-Q).

3. Selepas itu, mereka akan menerima keputusan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal (TC) dan Jawatankuasa Pemandu (SC).

4. Seterusnya, akan ada lawatan RA secara ‘on-site’, kebiasaannya berlangsung selama minimum dua hari dan dilakukan oleh dua juruaudit.

5. Laporan RA akan diterima untuk disokong oleh TC dan SC. Laporan ini sah selama enam bulan.

6. Syarikat yang berminat boleh memohon program intervensi.

7. Permohonan ini tertakluk kepada pengesahan TC dan SC.

8. rogram intervensi akan mengambil masa satu tahun, dengan laporan kemajuan suku tahunan yang wajib dihasilkan.

9. Program ini dikira tamat apabila TC dan SC menerima laporan intervensi.

Proses tanpa Pembiayaan

1. Permohonan dalam talian boleh dilakukan melalui laman sesawang www.miti.gov.my/industry4wrd atau www.mpc.gov.my/industry4wrd. Sebagai alternatif, para pemohon boleh memuat turun aplikasi M-Productivity dan klik pada Industry4WRD.

2. Pemohon perlu menjalani proses penilaian dan penyerahan pra-kelayakan (Pra-Q).

3. Selepas itu, mereka akan menerima keputusan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Teknikal (TC) dan Jawatankuasa Pemandu (SC).

4. Pemohon (syarikat) akan dibekalkan dengan senarai badan penilai yang berpotensi (AB).

5. Syarikat akan berurusan secara terus dengan AB untuk RA secara ‘on-site’.

6. AB akan mengemukakan laporan kepada Sekretariat untuk tujuan pemotongan cukai.

7. Surat rasmi akan dikeluarkan untuk pemotongan cukai.

8. Laporan akan dibentangkan kepada TC dan SC untuk tujuan pelaporan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buklet MITI dan juga risalah MPC.

0 Comments

Leave a Comment