Langkah Memangkin Kebolehan Syarikat Ke Arah Masa Hadapan

Dalam dunia digital yang akan diikuti Revolusi Industri 4.0, apakah perancangan yang paling optimum untuk perniagaan anda? Perniagaan yang bersedia untuk dunia masa depan akan lebih efisyen dalam perindustrian. Berikut adalah beberapa idea untuk anda menyiap sediakan syarikat anda untuk masa depan akan datang:

  1. Penilaian
Ini adalah masanya untuk memastikan syarikat anda berjalan lancar dari segi penghasilan. Dapatkah produksi dipercepatkan? Bolehkah pemprosesan dan sistem-sistem penggunaan dalam syarikat diperbaiki? Industri 4.0 akan lebih bermanfaat kepada syarikat anda jika kesemua keperluan syarikat dipenuhi.
Untuk bantuan penilaian, anda boleh memohon untuk Industry4WRD readiness assessment. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri www.miti.gov.my
  1. Teknologi ‘smart factory’
Seterusnya, dapatkah teknologi smart factory memenuhi keperluan syarikat anda? Sebagai contoh, rangkaian internet atau juga dikenali sebagai Internet of Things boleh membekalkan data dalam masa nyata di setiap peringkat proses produksi. Jika masalah timbul di mana-mana tahap, anda akan dimaklumkan serta-merta. Masalah dapat diselesaikan dan operasi boleh diteruskan secepat mungkin.
  1. Perancangan lima tahun
Drafkan perancangan lima tahun untuk memastikan syarikat anda berjalan lancar dengan penggunaan teknologi terbaru. Setelah keperluan syarikat dikenalpasti, anda boleh merancang teknologi yang ingin anda perkenalkan ke dalam operasi pembuatan. Anda boleh memperkenalkan pelbagai teknologi secara berperingkat bagi memastikan perubahan tidak berlaku secara mendadak, serentak membolehkan pekerja menyesuaikan diri dengan pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan.
  1. Melatih pekerja
Melatih pekerja untuk menyesuaikan diri dan mengoperasi teknologi baru secara efektif adalah amat penting. Latihan perlu dijalankan di setiap peringkat.
Untuk bantuan latihan, anda boleh menghantar pekerja untuk menjalani kursus bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii). Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan boleh didapati di www.marii.my atau hubungi MARii melalui platform media sosial @MARiiMalaysia (Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube dan Instagram)
Menyiapsediakan syarikat anda untuk masa depan tidaklah sukar. Anda hanya perlu memperkenalkan pembaharuan secara berperingkat, jalankan kaji selidik, pastikan keperluan syarikat dan dapatkan bantuan pakar.

0 Comments

Leave a Comment