Menyediakan Kakitangan Syarikat Bagi Menghadapi Industri 4.0

Industri 4.0 adalah kata kunci yang terlaris sekarang dalam industri, tetapi apakah maklumat penting yang perlu anda ketahui? Pertama, segmen pasaran yang menjadi sasaran untuk Industri 4.0 adalah pembuatan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan.

Walau bagaimanapun, faktor penentu untuk Industri 4.0 bukan teknologi semata-mata. Menurut model kriteria penilaian kebersediaan (RA), inti kebersediaan ini terdiri daripada tiga faktor utama, iaitu teknologi (50%), modal insan atau tenaga kerja(20%) dan proses (30%).

Dengan peningkatan penggunaan proses automasi dan pendigitalan yang ketara pada masa kini, para pekerja perlu melengkapkan diri dengan alat dan kemahiran yang betul untuk kekal relevan dan berdaya saing. Industri 4.0 akan menghasilkan jenis-jenis pekerjaan yang baru, yang memerlukan set-set kemahiran yang juga baru. Cara kerja manusia pastinya akan berubah selamanya.

Oleh itu, selain menggunakan teknologi baru, syarikat-syarikat juga perlu memastikan pekerja-pekerja mereka bersiap sedia untuk Industri 4.0. Ini memerlukan strategi untuk mewujudkan satu set tenaga kerja yang sesuai dan menepati kehendak serta keperluan. Ini bermakna melatih semula dan juga meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada, di samping turut merekrut pekerja-pekerja baru untuk mengambil peranan-peranan khusus yang baru.

Jika anda berniat untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan atau peningkatan kemahiran, terdapat pelbagai kursus latihan berkaitan Industri 4.0 di pasaran sekarang yang boleh menggunakan dana caruman HRDF.

Selain itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyediakan latihan Industri 4.0 untuk pelajar-pelajar lepasan sekolah. MARii dengan pimpinan industri telahpun melancarkan Sijil Profesional Profesional4WRD (IPC Industr4WRD) pada bulan Ogos 2019. Program ini disusun khas untuk lepasan sekolah, yang memberi tumpuan kepada kemahiran berkaitan industri 4.0 yang mampu memenuhi permintaan pasaran kerja apabila industri bergerak ke arah peningkatan proses automasi dan proses pengilangan pintar.

Setelah selesai sesi teoretikal selama 14 hari, para peserta akan menjalani latihan ketika bekerja (OJT) dalam pelbagai industri untuk tempoh 150 hari (5 bulan) untuk mengalami sendiri pengalaman kerja, budaya dan proses kerja di dunia sebenar sebagai seorang pelatih.

Ianya dijangkakan bahawa Industri 4.0 akan memerlukan semua jenis bisnes untuk menerima teknologi dan sistem baru. Oleh itu, MARii memulakan program Industri 4.0 pada 2016 untuk membantu para pemain industri untuk memperoleh kemahiran baru yang diperlukan agar dapat bersedia sebaik mungkin untuk perkembangan-perkembangan baru.

Program MARii sememangnya memenuhi sembilan teras utama untuk mempercepatkan penerimaan Industri 4.0 dalam industri automotif. Sembilan teras yang tersebut adalah Data Besar, Pengkomputeran Awan, Pengintegrasi Sistem, Pengilangan Aditif, ‘Internet of Things’, Keselamatan Cyber, Simulasi, Robot Autonomi, dan ‘Augmented Realiti’. Bermula pada tahun 2018, MARii telah menyediakan Latihan Pengilangan Aditif dan Bengkel ‘Augmented Reality’.

Pembangunan modal insan yang diperlukan adalah antara bahagian penting daripada evolusi ke arah mencapai Industri 4.0. Adalah lebih baik untuk bermula sekarang dengan menghantar kakitangan anda menghadiri latihan dalam peringkat beransur-ansur daripada menunggu sehingga kemudian hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dasar Kebangsaan Industri 4.0 (Industry4WRD), anda boleh membaca buklet MITI (https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/4832) dan juga risalah MPC (http://www.mpc.gov.my/industry4wrd/). Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program penerimaan teknologi MARii, anda boleh melayari laman webnya di www.marii.my, atau hubungi MARii melalui pelbagai saluran media sosial di @MARiiMalaysia (Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube dan Instagram).

0 Comments

Leave a Comment