Perkembangan Industri 4.0 di Malaysia Hari Ini

Revolusi Perindustrian Keempat, yang juga dikenali sebagai IR4.0 yang sedang diterima masuk di seluruh dunia, dijangka akan mengubah gaya hidup kita, pekerjaan dan cara kita berkomunikasi. Menurut Forum Ekonomi Dunia, kira-kira 65% kanak-kanak di sekolah rendah kini pada masa hadapan mungkin akan bekerja dalam pekerjaan yang tidak wujud pada masa sekarang.

Pekerjaan yang mempunyai peratusan tinggi untuk diberhentikan atau dijadikan automatik termasuklah juruwang, penyambut tetamu, tukang masak, penghantar barang, telemarketer dan banyak lagi. Di sisi lain pula, pekerjaan yang paling kurang berkemungkinan untuk dijadikan automatik termasuk ahli terapi pekerjaan, doktor dan pakar bedah, penyelia talian polis dan detektif, antara lainnya.

Kemunculan fenomena berbelanja dalam talian sahaja telah menjejaskan perbelanjaan isi rumah Malaysia ke atas barangan dari 33% pada tahun 1994 kepada hanya 26% pada tahun 2016. Sebaliknya perbelanjaan untuk perkhidmatan seperti restoran, pengangkutan, hotel dan kesihatan meningkat kepada 22% pada tahun 2016 daripada 20% pada tahun 1994.

Ternyata terdapat perubahan dari segi keutamaan, mengakibatkan kaedah pengeluaran tradisional menjadi kurang relevan pada masa kini. Walaupun begitu, terdapat banyak firma tempatan yang tidak menyedari automasi proses pengeluaran yang berkembang pesat.

Industry4WRD yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada 31 Oktober 2018 dalam usaha untuk membantu pengeluar Malaysia menaik taraf selaras dengan IR4.0. Ia dijangka dapat meningkatkan produktiviti pengeluar setiap orang sebanyak 30%.

Walau bagaimanapun sehingga Ogos 2019, hanya 15 ke 20 peratus firma tempatan telah melakukan proses naik taraf yang disebutkan itu. Walaupun terdapat rizab sebanyak RM2 bilion dalam bajet 2018, banyak syarikat tidak tahu bagaimana ianya dapat diakses. Lebih mengejutkan, Perbadanan Data Antarabangsa, sebuah firma penyelidikan industri telah mendedahkan bahawa tenaga kerja Malaysia masih lagi tidak bersedia untuk IR4.0.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dilaporkan berkata terdapat bakat yang belum diterokai yang wujud di negara ini dan tindak balas segera diperlukan bagi Malaysia untuk mewujudkan, mengadaptasi dan menyatukan penyelesaian teknologi yang tersendiri untuk mentransformasikan tenaga kerja dan industri.

Antara penyelesaian yang dicadangkan, termasuklah salah satu daripada pengarah jualan Messe Worldwide Sdn Bhd Foong Lai Lyn, yang mencadangkan supaya sebuah agensi ditubuhkan untuk menguruskan kekeliruan yang dihadapi oleh firma tempatan dan bertindak sebagai pusat sokongan.

Sementara itu, Manokaran Mottain, pengerusi ekonomi di Alliance Bank Malaysia Bhd, menegaskan bahawa kerajaan boleh mendapat manfaat daripada memberikan sokongan tambahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menaik taraf dan mengguna pakai teknologi IR4.0.

0 Comments

Leave a Comment